Bersabarlah Ketika Ditimpa Bencana
by clickita on 30/11/09 at 8:40 am
Bersabarlah Ketika Ditimpa Bencana
Banjir kini menimpa bukan sahaja di negeri- negeri sebelah Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang malah juga di negeri Kedah dan Johor . Gelombang kedua banjir yang melanda menyebabkan beribu penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat. Berikutan bencana alam itu, pelajar- pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM turut dipindahkan. Ramai jugalah pelajar- pelajar tersebut yang terkandas dan menghadapi kesukaran untuk mendudukki ke dua- dua peperiksaan yang sedang berlangsung ketika ini.Sementara itu , beberapa jalan ditutup manakala KTM Berhad menangguhkan empat perkhidmatan di sektor Pantai Timur. Selain banjir, gempa bumi, angin ribut adalah fenomena alam yang tidak boleh dielakkan. Kadangkala kita ditimpa dengan kesakitan atau diberi dugaan kehilangan orang- orang yang kita sayangi. Apakah perasaan adik- adik jika ditimpa musibah sedemikian ?
Tidak kira siapa kita, sama ada kita orang kaya atau miskin, orang tua atau orang muda, sama ada kita suka atau tidak, kita tetap akan berdepan dengan segala kemungkinan. Inilah yang dikatakan ketentuan takdir atau qada dan qadar (ketentuan baik dan buruk) daripada Allah Taala.
Sabar bererti kita mengawal diri kita dari rasa marah dan geram. Sabar .1 Rasulullah SAW mengajar kita supaya bersabar bila kita ditimpa musibah. bermakna kita dapat menerima segala ujian dan dugaan dengan hati yangterbuka dan tenang. Kita kawal mulut dan hati daripada putus asa terhadap rahmat dan kasih sayang Allah. Allah mengatakan Dia akan menguji kita untuk mengukur tahap keimanan kita.
Firman Allah Taala :
“ Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan manusia) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang- orang yang sabar. Iaitu orang- orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang- orang yang dilimpahi dengan berbagai- bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang- orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (al- Baqarah : 155 – 157)
Rasulullah SAW memberi banyak pesanan tentang pentingnya memiliki sifat sabar.
“Sabar itu separuh iman.” (Riwayat Abu Na’im daripada Ibnu Mas’ud)
“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Riwayat Tarmizi daripada Ibnu Abbas)
“Sesiapa yang apabila diuji dia sabar, apabila diberi lalu bersyukur, dianiaya lalu memaafkan, berbuat aniaya (kepada dirinya) lalu beristighfar (bertaubat), mereka adalah orang- orang yang memperoleh keamanan dan petunjuk.” (Riwayat Baihaqi melalui Samurah)
2. Apabila diuji dengan kematian orang- orang yang kita sayangi seperti ibu bapa atau kawan- kawan, kita perlu insaf bahawa semua makhluk adalah milik Allah. Mereka bukan milik kita tetapi milik Allah yang berhak mengambilnya pada bila- bila masa dan dengan apa cara sekalipun. Ada yang mati disebabkan sakit tua, ada yang mati ketika kemalangan dan ada yang mati oleh pelbagai sebab musabab atas kehendak dan ketentuan Allah Taala jua.
3. Yakinlah. Kita hendaklah bersabar sewaktu mula- mula ditimpa musibah. Seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga. Allah menjanjikan balasan yang baik untuk kita dengan janji-Nya.
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apam yang telah mereka kerjakan.” (an- Nahl: 96)
4. Sebagai hamba yang beriman kepada Allah, kita hendaklah yakin setiap diri kita pasti diuji keimanannya. Kita juga perlu yakin setiap ujian atau musibah yang Allah turunkan terkandung hikmahnya yang tersendiri. Sesiapa yang berjaya dan melepasi dugaan ini akan diberi ganjaran pahala yang tidak terhingga dari Allah Taala.
Firman Allah : “Mereka itu beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.” (al- Qasas : 54)
RSS
Twitter
Facebook
MySpace


Announcement:
What is Click A Child ? 











