Announcement:
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Assalamualaikum w.b.t. Semua! Adik- adik apa khabar ? Click A Child (CaC)
berdoa semoga semuanya sihat- sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam kerahmatan serta keberkatan penuh kasih sayang oleh Allah SWT.
Cuti sekolah yang panjang tidak lama lagi kan ? Tentunya adik- adik semua tidak sabar untuk bercuti. Sambutan Hari Raya Haji atau Aidiladha
pun akan muncul pada musim cuti ini juga. Aidiladha ini akan disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Tentunya adik- adik pun tahu yang
ianya memperingati seluruh umat Islam kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan dan memenuhi perintah Allah SWT.
Cuti sekolah yang panjang nanti, bolehlah adik- adik lakukan aktiviti- aktiviti yang menarik terutama yang dapat mengeratkan kasih sayang dan
hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak- anak. Bagi adik- adik yang yatim atau yatim piatu, pertingkatkanlah atau banyak- banyak berdoa dan
hadiahkan Al- Fatihah & Qulhu kepada arwah masing- masing. Jangan lupa, penuhilah cuti persekolahan ini dengan aktiviti bermanfaat seperti balik
kampung menziarahi datuk dan nenek yang masih ada. Sambil itu bagi yang masih ada ibu atau bapa, tolonglah ibu bapa di rumah dan lengkapilah diri
dengan persediaan persekolahan yang akan datang menjelang tahun 2010. Luangkan masa cuti ini dengan sebaik- baiknya.
Semoga kekeluargaan sesama adik beradik akan bertambah erat dan rumah kita menjadi syurga kita yang bahagia dengan kasih sayang di samping melaksanakan kewajipan terhadap Allah SWT.
Selamat bercuti dan selamat Hari raya Aidil Adha.
Clickita is committed to safeguarding your privacy online.
Clickita uses the information we collect about you to help us with understanding more about how our site is used, and to be able to send you communications that may be of interest to you, either electronically or otherwise.
As a general rule, Clickita will not disclose any of your personally identifiable information, except when we have your permission or under special circumstances, such as when we believe in good faith that the law requires it.